BERITA UTAMA

Pesta Pantai Bagan Lalang mampu jadi produk pelancongan terkenal

17 Ogos 2019, 10:02 AM
Pesta Pantai Bagan Lalang mampu jadi produk pelancongan terkenal
Pesta Pantai Bagan Lalang mampu jadi produk pelancongan terkenal
Pesta Pantai Bagan Lalang mampu jadi produk pelancongan terkenal

SEPANG, 17 OGOS: Pesta Pantai Bagan Lalang mampu menjadi produk pelancongan terkenal seperti mana Festival Muzik Hutan Hujan Dunia di Sarawak.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari bagaimanapun berkata, Pesta Pantai Bagan Lalang perlu diadakan secara konsisten setiap tahun dan dinaiktaraf dengan penambahan pelbagai acara menarik.

[caption id="attachment_345227" align="aligncenter" width="752"] Amirudin Shari menyaksikan persaingan antara pasukan Rimau Legacy (kiri) menentang Harimau Jati (kanan) dalam pertandingan silat yang diadakan sempena Pesta Pantai Bagan Lalang @Sepang 2019. - Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

"Kalau di Sarawak mereka ada penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Dunia menarik pelancong dari serata dunia dan mereka menggunakan perkhidmatan pengangkutan dan hotel-hotel di Kuching menawarkan pakej menarik untuk pengunjung.

"Mereka juga menikmati makanan di Sarawak dan lain-lain yang menyumbang kemakmuran ekonomi penduduk tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pesta Pantai Bagan Lalang@Sepang di sini, hari ini.

[caption id="attachment_345230" align="aligncenter" width="688"] Amirudin Shari (lapan dari kiri), EXCO Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan, Abdul Rashid Asari (kiri), Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Mohd Fauzi Mohd Yatim (kanan) bersama ADN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah (empat dari kanan) bergambar bersama peserta pertandingan bola sepak pantai yang diadakan sempena Pesta Pantai Bagan Lalang @Sepang 2019. - Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin berkata, pada masa ini penganjuran Pesta Pantai Bagan Lalang sejak empat tahun lalu mula memberi kesan positif apabila pusat pelancongan terbabit semakin dikenali umum.

Ketika memyentuh isu pemuliharaan alam sekitar, Amirudin berkata ianya merupakan tanggungjawab semua pihak.

Amirudin berkata, masyarakat tidak boleh meletakkan tanggungjawab menjaga alam sekitar di bahu kerajaan semata-mata.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619