ADN

Mesyuarat Agung Wanita Cabang KEADILAN, 25 Ogos ini

16 Ogos 2019, 2:52 AM
Mesyuarat Agung Wanita Cabang KEADILAN, 25 Ogos ini

SHAH ALAM, 16 OGOS: Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang (MATWC) KEADILAN Selangor bakal diadakan pada 25 Ogos ini, bermula jam 3 petang di Hotel Carlton, Seksyen 13, di sini.

Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata, mesyuarat itu diadakan secara tahunan membabitkan 22 cabang di seluruh negeri.

Katanya, MATWC juga membabitkan wanita lantikan baharu dan lama untuk bertemu serta pada masa sama saling bertukar pendapat.

"Kita anggarkan kehadiran wanita dari semua cabang seramai 250 orang untuk menjayakan mesyuarat tahunan ini.

"Malah, kita juga gembira apabila Naib Presiden KEADILAN, Zuraida Kamaruddin bakal meluangkan masa untuk menyertainya," katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Dr Daroyah memaklumkan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, akan turut bersama menyertai mesyuarat terbabit.

Beliau juga optimis MATWC kali ini lebih bermakna dan berharap amanat yang disampaikan kelak bakal dijadikan contoh buat ahli baharu.

"Memandangkan kita sudah menang di peringkat negara dan negeri, saya minta semua orang jangan terlalu selesa sebaliknya terus berjuang ke arah memperkukuhkan parti," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619