Ringgit

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

9 Ogos 2019, 2:44 AM
Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Ringgit dibuka dengan prestasi tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, memandangkan kenaikan mata wang negara maju itu telah dihadkan semalaman susulan langkah China mengekang penyusutan renminbi.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1830/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1870 ketika ditutup pada Khamis.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes berkata aset berisiko didagangkan dengan sentimen baik semalaman mendorong pasaran mata wang asing pesat membangun mengalami situasi tidak banyak berubah.

“Namun apabila wujud pemulihan harga minyak mentah, ringgit sewajarnya diniagakan lebih aktif,” katanya dalam kenyataan.

People’s Bank of China sebelum ini menetapkan kadar rujukan harian bagi renminbi dalam pesisir pada 6.9683, lebih kukuh berbanding jangkaan pada 6.9871, dan di bawah paras tujuh bagi setiap dolar AS, telah meningkatkan minat risiko dalam pasaran mata wang.

Saham dan mata wang negara pesat membangun lemah pada Isnin manakala aset selamat menjadi tumpuan selepas pihak berkuasa China membenarkan renminbi melepasi paras penting psikologi pada tujuh bagi setiap dolar AS, paras terendahnya sejak krisis kewangan 2008.

Ringgit terdedah dalam senario ini disebabkan tahap ketidaktentuannya yang tinggi dengan renminbi China, dengan 60 peratus korelasi ke atas kelemahan renminbi.

Semasa pembukaan dagangan hari ini, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.0773/0851 daripada 5.0865/0922 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.6815/6876 daripada 4.6896/6949.

Bagaimanapun ringgit turun berbanding yen kepada 3.9473/9535 daripada 3.9418/9466 semalam dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0259/ 0306 daripada 3.0257/0290.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619