PBT

Retro Klang 2019 landasan terbaik promosi Klang Heritage Walk

3 Ogos 2019, 11:41 AM
Retro Klang 2019 landasan terbaik promosi Klang Heritage Walk
Retro Klang 2019 landasan terbaik promosi Klang Heritage Walk
Retro Klang 2019 landasan terbaik promosi Klang Heritage Walk

KLANG, 3 OGOS: Program Retro Klang 2019 antara landasan terbaik mempromosikan Klang Heritage Walk, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato' Mohamad Yasid Bidin.

Beliau berkata, kebanyakan orang awam atau pelancong dialu-alukan mengambil pakej Klang Heritage Walk bagi menyelusuri pelbagai lagi tempat menarik dan bersejarah yang wujud di daerah ini.

"Sekiranya ada dalam kalangan pelancong luar atau tempatan ingin menerokai bandar Klang, mereka boleh mendapatkan pakej Klang Heritage Walk itu daripada kebanyakan pengusaha pelancongan di daerah ini.

"Pakej Klang Heritage Walk ini memang sentiasa ada bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Klang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Retro Klang di Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Turut hadir, EXCO Pelancongan, Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari; Pengerusi Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, Tengku Dato' Setia Putra Alhaj Ibni Tengku Azman Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad, Mohd Rani Hisham Samsudin.

Pada masa sama, Mohamad Yasid berkata, beliau turut menggalakkan orang awam untuk memuat naik aplikasi Loco Mole bagi mengetahui pelbagai lagi tempat menarik yang ada di sekitar Klang.

"Pelbagai tempat akan disenaraikan di aplikasi Loco Mole itu bagi memudahkan mereka yang mahu meneroka Klang tetapi pada masa sama ingin mengetahui sejarah disebalik pembagunan di sini," katanya.

[caption id="attachment_341540" align="aligncenter" width="737"] Abdul Rashid (berdiri tengah) bergambar bersama peserta Program Retro Klang di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang. Foto HAFIZ OTHMAN/SelangorKini[/caption]

Terdahulu, hampir 2,000 peserta memeriahkan acara ‘flashmob’ bertemakan Keretapi Sarong dengan masing-masing berpakaian tradisional Malaysia, pada program Retro Klang 2019 sempena sambutan Hari Kemerdekaan, tidak lama lagi.

Kumpulan ‘Flashmob’ terbabit berkumpul di Kuala Lumpur Sentral seawal 8.15 pagi sebelum memulakan perjalanan menaiki komuter ke stesen Klang.

Program itu bertujuan memperkenalkan kebudayaan di Selangor dan sebagai landasan untuk mempromosi keistimewaan yang ada di negeri ini terutama Bandar Diraja Klang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619