PBT

5,000 hadirin meriahkan rumah terbuka MPK

20 Jun 2019, 9:42 AM
5,000 hadirin meriahkan rumah terbuka MPK
5,000 hadirin meriahkan rumah terbuka MPK

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

KLANG, 20 JUN: Hampir 5,000 tetamu hadir di Majlis Mesra Aidilfitri Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang berlangsung di Taman Pengkalan Batu, Kawasan 1 Klang, di sini, hari ini.

Yang Dipertuanya, Dato' Mohamad Yasid Bidin berkata, majlis berkenaan diadakan bertujuan bagi meraikan penduduk di sekitar Klang dan disertai petugas MPK bersama Ahli Majlis.

"Selain jamuan Aidilfitri, kita juga mempromosikan tempat ini kerana suasana di sekeliling tepi sungai sangat cantik dan bersih serta keadaan angin yang dingin.

“Saya berbangga kerana berjaya menubuhkan satu pasukan yang serasi dan amat mantap dalam melaksanakan tugas mereka," katanya ketika ditemui media dalam majlis berkenaan, hari ini.

Turut hadir, EXCO Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari; EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Pada masa sama, beliau berkata, seramai 100 fakir dan miskin menerima sumbangan hari raya disampaikan Abdul Rashid yang juga ADN Selat Klang.

Lebih mengujakan, vokalis kumpulan Screen, Jimmy dan Haziq AF turut menyerikan majlis dengan persembahan mereka.

Dalam majlis berkenaan, pelbagai juadah tradisi disediakan antaranya rendang daging, daging masak hitam, lemang, cendol, sate dan kuih-muih.

FOTO: RAHEEMIE ARIFIN (SELANGORKINI)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619