PBT

Isu air: MPK sedia bantu

22 Jul 2019, 2:50 PM
Isu air: MPK sedia bantu

KLANG, 22 JUL: Susulan gangguan air di daerah ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedia membantu membekalkan air kepada penduduk sekitar.

Yang DiPertuanya, Dato' Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya tidak mewujudkan bantuan untuk bencana itu namun bersedia membantu menghantar dua lori tangki air untuk digunakan penduduk.

"Kita juga bersedia untuk menjadikan MPK sebagai tapak gerombolan sekiranya air daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memerlukan bantuan dan boleh juga menggunakan kemudahan terdapat di MPK.

"Di Dewan Pandamaran dan Dewan Andalas juga boleh dijadikan pusat edaran air dengan menyediakan lori tangki bagi menyalurkan air kepada penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Restoran Rahmat Tan (Laguna Park) di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, lori tangki digunakan untuk bahagian taman menyiram pokok juga boleh ditukar untuk membekalkan air.

"Bagaimanapun, setakat ini belum ada permohonan dari mana-mana pihak namun kita sentiasa bersedia menghulurkan bantuan," katanya.

Terdahulu, dilaporkan empat Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa ditutup berikutan berlakunya pencemaran yang disyaki akibat perbuatan sabotaj.

Susulan kejadian itu sebanyak 1,133 kawasan membabit 1,166,842 akaun pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sekali lagi terkesan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619