SELANGOR

Pelancongan berasas pendidikan terus diperkasa

3 Mei 2019, 1:40 PM
Pelancongan berasas pendidikan terus diperkasa

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 3 MEI: Program pelancongan berasaskan pendidikan di Selangor akan terus diperkasa melalui sokongan Kerajaan Negeri, kata Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad.

Katanya, setiap negeri atau negara bakal maju jika aspek pelancongan dipertingkat, sekali gus melahirkan generasi berkeyakinan dan berfikiran kreatif.

“PPAS yang berada di bawah Kerajaan Negeri akan memudahkan dan membantu sekolah yang ingin mengadakan program di peringkat antarabangsa serta memberi keutamaan khususnya bagi anak Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Perlancaran Lunak (Soft Launching) Festival Antarabangsa #MySchoolGoals di Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini hari ini.

Pada masa sama, Mastura turut memuji inisiatif penganjuran Festival Antarabangsa #MySchoolGoals pada 30 Julai ini, bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan modal insan.

"Saya yakin dan percaya dengan adanya usaha berterusan ini, kita akan dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara,” katanya.

Festival Antarabangsa #MySchoolGoals adalah sebuah program memperkasakan budaya membaca dan mencungkil bakat dalam kalangan pelajar di seluruh Malaysia serta Asia Tenggara.

Ia mendapat sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia dan 15 rakan strategik seperti Balai Seni Negara, McDonalds Malaysia dan Storymakers League Asia.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619