GLOBAL

'Perang baju' calon presiden Indonesia

27 Mac 2019, 11:40 PM
'Perang baju' calon presiden Indonesia

JAKARTA, 28 MAC: Persaingan Joko Widodo dengan pencabarnya Prabowo Subianto untuk merebut kerusi presiden Indonesia, pada pemilihan April ini bertambah sengit.

Penyandangnya yang popular disapa Jokowi menggesa penyokongnya memakai baju putih bagi menjawab kempen Prabowo dan gandingannya, Sandiaga Uno yang memakai pakaian lengkap.

"Jangan lupa pakai baju putih pada 17 April ini untuk memilih calon berpakaian putih. Kerana kita ini putih, putih itu kita," kata Jokowi seperti dilapor portal Tempo.

Katanya, yang berpasangan dengan calon naib presiden Ma’ruf Amin, baju putih mudah diperolehi kebanyakan rakyat republik itu berbanding suit yang lebih mahal.

"Pakaian lengkap lebih mahal dan ia jenis pakaian Eropah atau Amerika. Orang Indonesia cukup memakai baju putih seperti yang saya pakai," kata Jokowi lagi ketika berkempen di Dumai, Riau pada 26 Mac lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Jokowi-Ma'ruf menggunakan gimik hologram untuk memulakan kempen terbuka mereka sehari sebelumnya di Banten.

Teknologi itu memaparkan pasangan ini dengan imej tiga dimensi yang dibawa di atas trak ke lokasi yang dipilih, lapor portal yang sama.

Mesej yang disampai termasuk menolak fitnah dan berita palsu, selain program yang mereka janjikan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619