Gangguan sistem penerbangan global jejas proses daftar masuk di lapangan terbang Malaysia

23 Dis 2025, 6:23 AM

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Gangguan sementara melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang Malaysia, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini.

MAHB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial rasminya berkata gangguan itu mungkin memberi impak kepada pemprosesan penumpang menyebabkan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbangnya melaksanakan prosedur kontingensi.

"Situasi di seluruh lapangan terbang kami sedang dipantau dengan teliti selain keselamatan dan keselesaan penumpang kekal sebagai keutamaan utama kami," katanya.

Pengendali lapangan terbang itu turut menambah kios layan diri kekal beroperasi sepenuhnya yang membolehkan penumpang mencetak pas menaiki pesawat dan tag bagasi.

"Pengembara dinasihatkan mengikuti panduan daripada pasukan syarikat penerbangan dan lapangan terbang di terminal, semak terus dengan syarikat penerbangan masing-masing bagi mengemas kini jadual penerbangan terkini selain teruskan dengan daftar masuk dalam talian jika tersedia," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619