SELANGOR

Sentimen perkauman dicetus ketika musim pilihan raya

25 Feb 2019, 2:07 AM
Sentimen perkauman dicetus ketika musim pilihan raya

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEMENYIH, 25 FEB: Sentimen perkauman seringkali digunakan pihak tidak bertanggungjawab ketika tibanya musim pilihan raya.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata, tambah menyedihkan apabila isu terbabit makin kritikal apabila pihak berkenaan menggunakan pelbagai cara dianggap tidak masuk akal.

"Lihat saja isu patung berhala yang tiba-tiba ditemui dalam sebuah surau, sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang perkara sedemikian tetapi apabila tiba sahaja pilihan raya, muncul isu sedemikian.

"Dapat dirumuskan isu sebegini sengaja dicipta bagi menimbulkan kebencian orang ramai sehingga mengorbankan keharmonian kaum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Rapat Rakyat Semenyih di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, di sini, malam tadi.

Hadir sama Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari; Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi BERSATU Selangor, Dato' Abdul Rashid Asari.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, penduduk Semenyih perlu mengundi Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih, 2 Mac ini bagi membolehkan permasalahan setempat diselesaikan dengan lebih baik.

"Oleh itu undilah calon PAKATAN, Muhammad Aiman Zainali untuk meneruskan kecemerlangan ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619