Mohamad Sabu saran kakitangan kementeriannya tanam sayur di rumah

13 Mac 2026, 10:15 AM
Mohamad Sabu saran kakitangan kementeriannya tanam sayur di rumah

SHAH ALAM, 13 MAC: Kakitangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang memiliki kediaman di atas tanah seperti rumah teres dan kampung disaran memulakan inisiatif menanam sayur yang boleh memberi hasil dalam tempoh singkat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata inisiatif tersebut melibatkan penanaman sayur yang mudah dituai seperti cili, terung dan kucai.

“Kita saran jika ada yang berminat boleh mula program itu seperti Kempen Buku Hijau di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak dulu sebab kita tidak tahu krisis antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran akan tamat.

"Pendekatan itu selari dengan semangat Kempen Buku Hijau yang diperkenalkan pada 1974 bagi menggalakkan rakyat menanam makanan sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada import.,” katanya pada sidang media khas di Kementerian Komunikasi, Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bekalan makanan negara ketika ini masih mencukupi dan rakyat boleh menyambut Aidilfitri seperti biasa.

Pada masa sama, Mohamad turut berharap agar konflik itu dapat diselesaikan segera dan tidak berlaku perkara tidak diingini melibatkan hal bekalan makanan negara.

“Buat masa ini, sambutlah Hari Raya dengan biasa, insya-Allah makanan semuanya cukup dan terjamin bekalannya,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619