BERITA UTAMA

10 tahun ditubuhkan, PeBT lahir ramai pemimpin muda

17 Feb 2019, 12:41 PM
10 tahun ditubuhkan, PeBT lahir ramai pemimpin muda
10 tahun ditubuhkan, PeBT lahir ramai pemimpin muda
10 tahun ditubuhkan, PeBT lahir ramai pemimpin muda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 FEB: Penubuhan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) sejak 10 tahun lalu bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada belia di peringkat akar umbi.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, PeBT turut melahirkan ramai pemimpin muda yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis sebelum terpilih menjadi wakil rakyat muda seperti beberapa Ahli Dewan Negeri (ADN) di dalam dan luar Selangor.

"Antara wakil rakyat yang asalnya mengasah bakat memimpin dalam PeBT seperti, ADN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri; ADN Rawang, Chua Wei Kiat dan ADN Ketari, Pahang, Syefura Othman.

"Mereka sebelum itu adalah Pengerusi PeBT di zon masing-masing dan kemudian ada yang menjadi Ahli Majlis dan ada juga selepas itu menjadi wakil rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi dan Penyerahan Watikah PeBT Negeri Selangor 2019 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, berbanding negeri lain, Selangor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai program seumpama ini.

Selangor mempunyai 288 Pengerusi PeBT yang mewakili zon masing-masing di dalam 12 Pihak Berkuasa Tempatan.

Pengerusi PeBT dipilih berdasarkan kriteria tertentu antaranya aktif dalam aktiviti belia, mempunyai sifat kepimpinan dan berdisplin tinggi .

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619