AGENSI

MB: 282 mangsa banjir Hulu Langat terima bantuan makanan

7 Nov 2020, 3:45 PM
MB: 282 mangsa banjir Hulu Langat terima bantuan makanan

HULU LANGAT, 7 NOV: Seramai 282 mangsa banjir di Kampung Batu 16 di sini, menerima bakul makanan disumbangkan sukarelawan Team Selangor.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan makanan kering seperti beras, mi segera, sardin dan biskut termasuk pelitup muka serta cecair pembasmi kuman bertujuan meringankan beban penduduk yang terjejas.

“Agihan bantuan oleh Team Selangor dan dibantu Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dibuat secara berperingkat bermula hari ini. Insya-Allah dalam masa dua atau tiga hari lagi segala proses kepada semua penduduk dijangka selesai.

"Kita juga sedang fikir untuk menyalurkan bantuan sama di tempat lain yang terjejas,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari kepada media selepas menyampaikan bakul makanan kepada 10 penduduk sebagai simbolik agihan sumbangan di Dewan Batu 16 di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang mengadakan lawatan pasca banjir di daerah ini mengunjungi Kolam Air Panas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 16 bagi meninjau kerja pembersihan dijalankan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada 4 November lalu, lebih 400 rumah di 10 kampung di Hulu Langat ‘lumpuh’ akibat banjir susulan hujan lebat selama hampir lima jam.

Kampung terlibat ialah Kampung Batu 16, Kampung Sungai Serai, Kampung Kuala Perdik, Kampung Batu 14, Kampung Batu 18, Kampung Batu 20 Sungai Lui, Kampung Batu 17, Kampung Dusun Nanding, Kampung Batu 13 dan Kampung Lubuk Kelubi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619