PBT

UMW Corporation tanam 536 pokok di Pantai Remis

7 Feb 2019, 3:11 AM
UMW Corporation tanam 536 pokok di Pantai Remis
UMW Corporation tanam 536 pokok di Pantai Remis

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR, 7 MEI: Kira-kira 536 pokok ditanam di sepanjang pesisir Pantai Remis sempena Program Penanaman Pokok dan Pembersihan Pantai Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Ketua Pelaburan Sosial Korporat, Komunikasi Korporat Kumpulan UMW Corporation Sdn Bhd, Akhbar Puteh berkata, sebanyak 500 pokok renek dan 36 pokok rhu ditanam dalam usaha memulihara dan memelihara kawasan pelancongan itu.

Katanya, proram kelestarian itu adalah sebahagian daripada agenda Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi merealisasikan objektif kelestarian syarikat.

“Di UMW, persekitaran adalah salah satu daripada tiga tunggak utama CSR termasuk pembangunan komuniti dan pendidikan.

“Sejak 2011 sehingga tahun ini, sebanyak 19,600 pokok sudah ditanam sukarelawan UMW melalui program seperti ini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha MDKS, Azman Dahlan berkata, pihaknya memainkan peranan utama untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan penduduk setempat supaya berganding bahu memelihara serta memulihara alam sekitar demi kepentingan bersama.

"Tahniah kepada UMW atas keprihatinan melaksanakan program CSR sebegini, sekali gus menjalinkan kerjasama mengadakan program penanaman pokok dan pembersihan pantai.

"Untuk makluman, UMW turut menyumbangkan RM25,000 bagi pembelian pokok untuk program ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619