PBT

Medan selera, gerai rosak dilanda ribut, MPKS jalankan kerja pembersihan

6 Apr 2023, 9:00 AM
Medan selera, gerai rosak dilanda ribut, MPKS jalankan kerja pembersihan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 6 APRIL: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjalankan kerja pembersihan dan cantasan pokok di sekitar Pantai Remis, Jeram yang dilanda ribut Isnin lalu.

MPKS berkata kejadian pada jam 3 pagi itu mengakibatkan medan selera dan 18 gerai jualan ikan bakar rosak di bahagian bumbung serta ada yang ditimpa pokok tumbang.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu khemah perniagaan milik penjaja di sekitar pantai turut terjejas.

"Berikutan kejadian itu MPKS menghantar bantuan segera untuk kerja pembersihan dan cantasan pokok.

"Proses baik pulih bumbung medan selera dan gerai terjejas akan dijalankan selepas kerja pembersihan pantai selesai," katanya melalui Facebook.

Sehubungan itu MPKS menasihatkan penjaja di Pantai Remis agar tidak meninggalkan khemah mereka selepas perniaagan tamat bagi mengelak kejadian sama berulang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619