BERITA UTAMA

Baru sehari PKP, 11 premis di Kuala Selangor dikesan langgar SOP

2 Jun 2021, 6:31 AM
Baru sehari PKP, 11 premis di Kuala Selangor dikesan langgar SOP

SHAH ALAM, 2 JUN: Hanya sehari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuat kuasa, sebanyak 11 premis perniagaan sekitar Kuala Selangor dan Tanjong Karang diarah tutup.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Kuala Selangor berkata premis terbabit yang menjual alat perkakas rumah bukan dalam sektor ekonomi perlu yang dibenarkan kerajaan.

"Antara alasan diberi pemilik premis adalah mereka tidak jelas dengan SOP ditetapkan kerajaan dan menyangka semua kedai boleh (dibuka) semasa PKP.

"Susulan itu, kita memberi penjelasan hanya premis menjual makanan dan minuman serta keperluan asas dibenarkan beroperasi," kata Lutfi Mislah ketika dihubungi.

Beliau menambah meskipun tiada kompaun dikeluarkan, namun pemantauan ke atas semua premis di daerah terbabit dipergiat bagi mengelak pelanggaran tatacara operasi piawai (SOP).

"Kita juga akan memberi arahan kepada pasar raya supaya menutup bahagian barangan bukan keperluan," kata Lutfi lagi.

Hanya 17 sektor dibenarkan beroperasi sepanjang PKP mulai semalam sehingga 14 Jun meliputi makanan dan minuman termasuk untuk haiwan, penjagaan kesihatan dan perubatan, perniagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar.

Selain itu, perkhidmatan air, tenaga, keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan batuan kemanusiaan, urusan sisa pepejal, pengangkutan darat dan air.

Turut dibenarkan perkhidmatan dan perusahaan pelabuhan, lapangan terbang, komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos serta kurier penyiaran bagi penyampaian maklumat berita.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619