NASIONAL

KFC, McDonald's diminta jelas kenaikan harga

1 Jan 2019, 2:20 AM

SHAH ALAM, 1 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah menghantar notis kepada restoran makanan segera KFC dan McDonald's untuk meminta penjelasan berhubung kenaikan harga makanannya, baru-baru ini.

Bercakap kepada Malaysiakini, Timbalan Pengarah Penguat kuasa KPDNEHP, Iskandar Halim Sulaiman berkata, kedua-dua restoran itu diberi tempoh sehingga 5 Januari ini untuk menghantar laporan mereka.

"Notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 yang memerlukan mereka memberi penjelasan sebab kenaikan harga.

"Ada undang-undang untuk melindungi pengguna, isu ini juga dibangkitkan di media sosial dan media. Sebab itu kita tanya mereka mengapa naikkan harga," katanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah amaran, sebaliknya hanya notis meminta penjelasan.

Terdahulu, KFC menjelaskan harga makanan yang disenaraikan bermula Disember 2018 adalah termasuk 6 peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Katanya, terdapat beberapa pelarasan kecil bagi harga produknya untuk memastikan syarikat berkenaan dapat terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi.

Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30, manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619