SELANGOR

KDEBWM ambil alih kutipan sisa pepejal di MDKS, 1 Jan 2019

27 Dis 2018, 7:55 AM
KDEBWM ambil alih kutipan sisa pepejal di MDKS, 1 Jan 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA SELANGOR, 27 DIS: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) akan mula mengambil alih pengurusan sisa domestik di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), bermula 1 Januari ini.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir berkata, pengurusan kutipan sampah di kawasan berkenaan oleh pihaknya menjanjikan pembaharuan modus operandi dengan konsep 'Smart Waste Solution'.

Katanya, sebanyak 12 lori kompaktor baharu dilengkapi sistem canggih akan digunakan oleh semua sub kontraktor di kawasan itu.

"Penggunaan lori baharu yang berteknologi terkini dijangka bakal menyelesaikan isu tipikal sering dihadapi kontraktor antaranya lori lama, uzur, rosak dan sebagainya.

"Semua lori ini akan dipantau pergerakanya melalui penggunaan 'Vehicle Monitoring System' (VMS) secara berpusat di 'Centralized Command Center' (CCC) di Ibu Pejabat KDEBWM di Shah Alam," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Lori Kompaktor di Ibu Pejabat MDKS di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ramli berkata, penyerahan lori berkenaan sejajar dengan komitmen KDEBWM membawa perubahan dan pembaharuan kepada perkhidmatan kutipan sampah domestik yang lebih efektif dan efisyen.

Katanya, penggunaan lori kompaktor yang seragam serta dilengkapi pelbagai peralatan dan teknologi canggih akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di negeri itu.

Untuk rekod, MDKS adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) ke 10 diambil alih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh KDEBWM.

KDEBWM adalah syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang diberikan tanggungjawab melakukan kerja pembersihan berkenaan secara berperingkat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619