AGENSI

KDEBWM, dua agensi lain teruskan tradisi masak bubur lambuk, edar 1,400 pek

21 Mac 2024, 5:30 AM
KDEBWM, dua agensi lain teruskan tradisi masak bubur lambuk, edar 1,400 pek
KDEBWM, dua agensi lain teruskan tradisi masak bubur lambuk, edar 1,400 pek

SHAH ALAM, 21 MAC: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Selangor dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad meneruskan tradisi memasak bubur lambuk sempena Ramadan.

Pengarah urusan KDEBWM berkata gotong-royong membabitkan 100 kakitangan dari ketiga-tiga agensi sejak 9 pagi tadi menghasil 1,400 pek bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai mulai 4 petang ini.

"Kita akan edar kepada kakitangan agensi terlibat termasuk anak syarikat Kerajaan Negeri yang berada sekitar sini dan orang awam yang melalui pekarangan Plaza Perangsang.

"Tujuan kita meneruskan tradisi ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan semua selain kita juga digalakkan bersedekah terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini," kata Dato’ Ramli Mohd Tahir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Bubur Lambuk Cinta Ramadan di pekarangan Plaza Perangsang di sini, hari ini.

[caption id="attachment_634149" align="aligncenter" width="794"] Pengarah Urusan KDEBWM Dato’ Ramli Mohd Tahir (kiri) bersama Pengarah LHDNM Selangor Jafni Hashim (kanan) membantu meletak beras bagi memasak bubur lambuk menerusi program Bubur Lambuk Cinta Ramadan di pekarangan Plaza Perangsang pada 21 Mac 2024. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI[/caption]

Sebelum ini, syarikat pengurusan sisa pepejal negeri berkenaan turut menyumbang pakej makanan kepada 1,500 orang yang berbuka puasa semasa program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada 14 Mac lalu.

Program kebajikan itu termasuk serahan duit raya kepada 100 orang anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dan Yayasan Islam Darul Ehsan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619