AGENSI

2.5 tan metrik sampah dikutip dari Kampung Bagan Hailam

3 Nov 2019, 5:51 AM
2.5 tan metrik sampah dikutip dari Kampung Bagan Hailam
2.5 tan metrik sampah dikutip dari Kampung Bagan Hailam
2.5 tan metrik sampah dikutip dari Kampung Bagan Hailam

KLANG, 3 NOV: Sebanyak 2.5 tan metrik sampahberjaya dikutip dalam tempoh hanya sejam di Kampung Bagan Hailam Port Klang menerusi Program Tanggungjawab Sosial Masyarakat KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), di sini, hari ini.

Ketua Perhubungan Awam dan Media KDEBWM, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, Program Clean Up Bagan Hailam itu adalah kerjasama strategik dengan Malaysian Plastics Manufacturers Association (MPMA), Tzu Chi Malaysia dan Chevron Phillips Chemical Malaysia.

Katanya, objektifnya adalah untuk memberi kesedaran mengenai pengurusan sisa pepejal kepada komuniti Bagan Hailam terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing yang bekerja di kawasan industri di situ.

"Lebih 100 sukarelawan membersihkan kawasan 'hotspot' yang dicemari lambakan sisa pepejal.

"Kami sentiasa menyambut baik sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak dalam menjayakan program seumpama ini, sekali gus mampu memberi manfaat dalam penjagaan alam sekitar.

"Ia selari dengan objektif KDEBWM menjadikan Selangor sebagai negeri bersih, aman dan sejahtera," katanya kepada SelangorKini.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Naib Presiden MPMA, Datuk Raymond Sng, Pengurus Keselamatan Kesihatan Alam Sekitar Asia Chevron Philip, Chng Kok Wee dan Ketua Kumpulan Zon Klang Sukarelawan Tzu Chi, James Lim.

Kampung Bagan Hailam yang terletak di pesisir Port Klang didiami lebih 100 keluarga termasuk penduduk tempatan dan warga asing.

Mahfuzah berharap penduduk lebih peka menjaga kawasan persekitaran bagi membolehkan komuniti hidup dalam lebih selesa.

"Walaupun KDEBWM bertanggungjawab membuat kutipan sampah, namun kami amat memerlukan kerjasama penduduk untuk peka dalam urusan pembuangan sampah.

"Sekiranya ada barangan yang boleh dikitar semula, lebih baik ia diasingkan terlebih dahulu. Sesungguhnya langkah sebegini dalam melestarikan alam sekitar pada masa depan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619