EKONOMI

AirAsia raih 2 anugerah Kelab Billion Ringgit The Edge 2018

12 Dis 2018, 3:54 AM
AirAsia raih 2 anugerah Kelab Billion Ringgit The Edge 2018

KUALA LUMPUR, 12 DIS: AirAsia meraih dua anugerah berprestij di Kelab Billion Ringgit The Edge 2018 kerana pertumbuhan keuntungannya yang kukuh sejak tiga tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata, anugerah tersebut adalah untuk Pertumbuhan Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun untuk Syarikat Modal Besar RM10 Bilion Hingga RM40 Bilion Permodalan Pasaran serta Pertumbuhan Tertinggi Keuntungan Selepas Cukai Selama Tiga Tahun untuk Produk dan Perkhidmatan Pengguna.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pengiktirafan ini mencerminkan komitmen AirAsia untuk membina perniagaan yang kukuh dan menguntungkan dan memberikan nilai terbaik kepada pemegang saham.

"Kami akan meneruskan perjalanan kami dalam kecemerlangan apabila kami berubah menjadi sebuah syarikat teknologi perjalanan yang akan melihat AirAsia berkembang melepasi penerbangan kepada perjalanan dan gaya hidup penuh, dengan tulang belakang digital yang membolehkan kami mewujudkan pengalaman mudah alih, lancar, lebih khusus," tambahnya.

Kelab Billion Ringgit The Edge, yang dianjurkan The Edge Media Group, dimulakan pada2010 untuk mengiktiraf syarikat tersenarai berprestasi tinggi di Malaysia dengan permodalan pasaran lebih RM1 bilion.

SUMBER: BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619