BERITA UTAMA

ADN Seri Setia meninggal dunia

2 Ogos 2018, 11:11 AM
ADN Seri Setia meninggal dunia
ADN Seri Setia meninggal dunia

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 2 OGOS: EXCO Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin disahkan meninggal dunia, pada jam 6.28 petang, di Hospital Putrajaya.

Perkara itu disahkan Setiausaha Kanannya, Zafrullah Aris melalui satu kenyataan media petang tadi.

Katanya, jenazah Allahyarham yang juga Ahli Dewan Negeri Seri Setia itu akan dibawa pulang ke rumahnya, di Desa Pinggiran Putra, Kajang selepas maghrib.

"Sementara urusan pengebumian akan dilakukan esok," katanya.

Katanya, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kampung Limau Manis dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis.

Sementara itu, Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menerusi Twitter mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat.

"Saya telah menerima khabar sedih dan dukacita, sahabat saya Prof Shaharuddin meninggal dunia jam 6.28 petang tadi di Hospital Putrajaya.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat. Kehilangan yang besar buat Kerajaan Selangor," tulisnya.

Pada 31 Julai lalu, Prof Shaharuddin dinasihati doktor supaya berehat selama sebulan daripada sebarang tugas selepas menjalani rawatan.

Dilaporkan Allahyarham menderita sakit kanser kolon.

Pada Pilihan Raya ke-14 lalu, Prof Shaharuddin menang di kerusi DUN Seri Setia dengan 29,250 undi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619