BERITA UTAMA

Umum nama exco baru selepas tamat dua PRK - Speaker

13 Ogos 2018, 10:00 AM
Umum nama exco baru selepas tamat dua PRK - Speaker
Umum nama exco baru selepas tamat dua PRK - Speaker

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 13 OGOSS : Pengumuman nama EXCO baru bagi mengantikan Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akan diumumkan selepas berlangsungnya dua Pilihan Raya Kecil (PRK) pada September depan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim berkata, pihaknya perlu PRK DUN Balakong dan juga DUN Seri Setia tamat sebelum mengisytiharkan nama penganti memegang portfolio Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

"Adalah terlalu awal sekiranya kita mahu umumkan nama berkenaan kerana masih belum ada sebarang keputusan, biarlah semuanya selesai terlebih dahulu.

"Memang tidak dinafikan ada banyak khabar angin, namun itu semuanya palsu, Kerajaan Negeri masih belum buat sebarang keputusan berhubung pengantian terbabit," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Sebelum ini terdapat khabar angin mendakwa kononnya Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bakal mengantikan kedudukan Shaharuddin selepas memenangi PRK DUN Sungai Kandis, pada 4 Ogos lalu.

Allahyarham Shaharuddin memegang portfolio bagi Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi selepas tamat Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Beliau kemudiannya meninggal dunia di Hospital Putrajaya, pada 2 Julai lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619