SELANGOR

Faekah, dan tujuh individu lagi diarah kembalikan RM2.7 juta

25 Mei 2018, 7:22 AM
Faekah, dan tujuh individu lagi diarah kembalikan RM2.7 juta

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 MEI: Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Hussin dan bekas Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Rohany Talib serta enam lagi diarahkan membayar semula wang pampasan sebanyaK RM2,713,590 kepada MBI.

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini memihak kepada lapan individu itu.

Mahkamah menetapkan Faekah dan tujuh orang lagi mengembalikan semula amaun yang dibayar sebagai 'pampasan' apabila Abdul Khalid disingkirkan sebagai Menteri Besar.

Peguam bagi mewakili MBI adalah, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Edwin Lim. Manakala, Peguam untuk Faekah ialah Edmund Bon.

Terdahulu, MBI bertindak mengambil tindakan undang-undang dalam perkara itu kerana mendakwa keputusan bekas Menteri Besar memberikan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada lapan bekas pekerja pada hari terakhir beliau sebagai Menteri Besar tanpa mendapatkan kelulusan lembaga pengarah adalah melanggar prinsip dipegang pengurusan MBI.

Enam individu lain itu merupakan bekas setiausaha akhbar, Arfa'eza Abd Aziz; setiausaha politik, Mustafa Talib; pegawai penyelaras, Rahimah Kamaruddin; pegawai komunikasi khas, Dr Sulaiman Masri; pengurus penyelidikan ekonomi, Abdul Halim Mohd Yusuf dan pegawai akhbar, Tuan Nazuri Ismail.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619