BERITA UTAMA

Program Nisfu Sya'ban suntik semangat kerohanian kakitangan MBI

23 Apr 2019, 12:12 AM
Program Nisfu Sya'ban suntik semangat kerohanian kakitangan MBI
Program Nisfu Sya'ban suntik semangat kerohanian kakitangan MBI
Program Nisfu Sya'ban suntik semangat kerohanian kakitangan MBI

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 23 APR: Sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadan, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjaya menganjurkan program Nisfu Sya'ban, di Bangunan Selangor Darul Ehsan, semalam.

Ketua Pegawai CSR MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali berkata, program yang dihadiri kakitangan MBI itu bertujuan menyuntik semangat mereka di bulan Ramadan sekali gus memberi penekanan terhadap aspek kerohanian.

"Pada masa sama, ia dapat mengembalikan emosi yang baik bagi menyambut kedatangan Ramadan dan meraikan ahli keluarga kakitangan MBI.

"Alhamdulillah, saya menzahirkan rasa gembira kerana program anjuran kali kedua ini mendapat sambutan menggalakkan walaupun ia diadakan selepas waktu pejabat," katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata demikian pada Program Nisfu Sya'ban Countdown Ramadhn di Bangunan Selangor Darul Ehsan, di sini, semalam.

Jaafaruddin berkata, ekoran sambutan memberangsangkan, pihaknya bercadang menjadikannya sebagai program tahunan.

"Pada Ramadan akan datang, kami akan melipat ganda tazkirah khususnya kepada kakitangan wanita supaya mereka mendapat pengisian bermanfaat.

"Saya berharap program ukhwah ini berterusan dan sentiasa memberi sokongan kepada Musolla Al-Husna," katanya.

Program yang diadakan dari 5.30 petang hingga 8 malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pendakwah terkenal iaitu Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman dan Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619