SELANGOR

MBI-RAC kerjasama bina rumah mampu milik

11 Mei 2019, 7:46 AM
MBI-RAC kerjasama bina rumah mampu milik
MBI-RAC kerjasama bina rumah mampu milik

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 11 MEI: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bakal merangka rancangan pembangunan menyeluruh untuk membina rumah mampu milik di seluruh kawasan RAC, di Selangor.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak terbabit akan memberi tumpuan terhadap pembangunan berorientasikan transit (TOD) termasuk rumah mampu milik.

"Ini bertujuan membina komuniti mampan dan pembangunan berkenaan akan menyediakan pembangunan perumahan yang sesuai serta mampu dimiliki.

"Pembangunan itu juga akan menyediakan jaringan hubungan yang baik, meningkatkan pembangunan ekonomi di sekitar pusat transit dan bagi komuniti sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, di Elmina Community Park di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir, Menteri Besar, Amirudin Shari dan Pengerusi Sime Darby Property, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin; Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir; EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha dan Pengerusi Sime Darby Property, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Amirudin berkata, inisiatif pembangunan itu turut mencerminkan sokongan kerajaan persekutuan dalam merealisasikan visi Selangor untuk menjadi Negeri Pintar menjelang 2025.

"Ia juga bakal menghubungkan kemudahan pengangkutan awam bersepadu bersama perumahan mampu milik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619