NASIONAL

Pembubaran sementara PPBM dibatalkan

17 Mei 2018, 7:45 AM
Pembubaran sementara PPBM dibatalkan
Pembubaran sementara PPBM dibatalkan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 MEI: Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini boleh kembali aktif apabila hari ini Pendaftar Pertubuhan membatalkan notis pembubarannya, berkuat kuasa semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai selepas pertimbangan ke atas maklumat yang dikemukakan pihak PPBM diterima Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

"Pembatalan notis pembubaran sementara PPBM bertarikh 5 April 2018 di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 itu selaras dengan Seksyen 14(6) akta yang sama.

"Di bawah Seksyen 14(6), Pendaftar Pertubuhan boleh membatalkan notis di bawah Seksyen 14(5) apabila maklumat yang diminta itu diberikan," katanya.

Sehubungan itu, Alwi berkata, permohonan pendaftaran Pakatan Harapan (PAKATAN) juga diberikan kelulusan selaras dengan Seksyen 7 akta yang sama, semalam.

“Oleh demikian, PPBM dan PAKATAN boleh menjalankan aktivitinya selaras dengan objektif juga perlembagaan berdaftarnya serta menjalankan setiap urusan mengikut kehendak Akta 335,” katanya dilapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, RoS pada 5 April lalu mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap PPBM berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan yang memperuntukkan PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen diperlukan RoS.

Pada masa sama, PAKATAN dalam laman Facebook memuat naik gambar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menerima Sijil Pendaftaran Pakatan Harapan daripada Alwi.

Penerimaan sijil itu turut disaksikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Timbalan Perdana Menteri; Presiden Amanah, Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan) dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (Menteri Kewangan).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619