NASIONAL

Rais Yatim rai penyatuan Anwar - Tun M urus negara

17 Mei 2018, 4:46 AM
Rais Yatim rai penyatuan Anwar - Tun M urus negara
Rais Yatim rai penyatuan Anwar - Tun M urus negara

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 MEI : Penyatuan semula legasi kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut baik bekas menteri kabinet, Tan Sri Rais Yatim.

Di Twitter, Rais berkata, penyatuan itu diyakini mampu menjadikan Malaysia berada pada kedudukan lebih baik, pada masa depan.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat kembali ke pangkuan keluarga dan persada rakyat.

"Selamat membina semula negara bangsa bersama Tun Mahathir dan rakan-rakan," katanya.

Semalam, Anwar Ibrahim mengesahkan sokongan berterusannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, di Putrajaya.

Untuk rekod, Tun Mahathir merupakan antara individu terpenting yang mengusulkan proses pengampunan diraja, terhadap bekas Ketua Pembangkang itu.

Anwar sebelum ini menjalani hukuman penjaran lima tahun, atas pendakwaan Fitnah II terhadapnya.

Beliau bagaimanapun menerima pengampunan diraja ranpa syarat, yang memasnuhkan sekatan hukuman itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619