Banjir Sabah: Anwar gesa utamakan keselamatan, patuhi arahan pihak berkuasa

12 Sep 2025, 5:59 AM
Banjir Sabah: Anwar gesa utamakan keselamatan, patuhi arahan pihak berkuasa

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: Penduduk di kawasan berisiko di Sabah diminta sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk berpindah segera apabila diarahkan, bagi memastikan keselamatan nyawa keluarga menjadi keutamaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa pihak berkuasa dan agensi keselamatan meneruskan dan meningkatkan usaha menyelamat, di samping memastikan kebajikan serta keperluan asas mangsa dipenuhi dengan perlindungan terbaik sehingga keadaan kembali pulih.

“Saya berduka dengan perkhabaran bencana banjir yang semakin memburuk di Sabah tatkala lebih daripada 400 mangsa di Penampang dan Beaufort terpaksa meninggalkan kediaman untuk berlindung di pusat pemindahan sementara.

“Doa kami sentiasa bersama kalian,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 409 orang daripada 110 keluarga pagi ini, berbanding 154 orang daripada 54 keluarga malam tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, seramai 255 mangsa daripada 56 keluarga dipindahkan di Penampang, manakala 154 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan di Beaufort.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619