NASIONAL

Media lebih meriah jika PAKATAN menang

2 Mei 2018, 2:19 AM
Media lebih meriah jika PAKATAN menang
Media lebih meriah jika PAKATAN menang

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 2 MEI: Industri media di negara ini dijangka lebih meriah jika Pakatan Harapan (PAKATAN) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.

Calon kerusi Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa berkata, hal ini berikutan PAKATAN akan memansuhkan akta yang dianggap mencabuli kebebasan demokrasi dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Antara akta ini termasuklah akta berkaitan percetakan di mana langkah ini akan membebaskan media untuk menyampaikan suara rakyat.

"Jika ada yang difitnah mereka boleh memfailkan saman fitnah, namun kita memahami jika ianya memakan kos tinggi kita mengkaji apakah saluran yang boleh digunakan," katanya ketika ditemui SelangorKini di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Sungai Buloh di sini, semalam.

Jelasnya, langkah ini juga mampu membuka peluang lebih besar kepada pengamal media negara ini untuk mengembangkan kerjaya masing-masing.

Katanya, selain itu ianya turut memberi kesan positif kepada industri penerbitan lain.

"Kita tidak akan menyekat media yang mengkritik kerajaan seperti yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional hari ini," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619