BERITA UTAMA

Mahu lebih ramai peniaga mohon sebagai kedai panel KISS

29 Mac 2018, 4:49 AM
Mahu lebih ramai peniaga mohon sebagai kedai panel KISS

OLEH SABIRAH AZIZ

PELABUHAN KLANG, 29 MAC: Peniaga dan peruncit digalakkan untuk menghantar permohonan bagi menjadi sebahagian daripada kedai panel program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, permohonan untuk menjadi kedai panel program KISS masih dibuka sehingga kini.

"Sebenarnya kita mahu menggalakkan lagi peniaga dan peruncit khususnya rakyat Malaysia supaya mendaftar, sekali gus memudahkan penerima KISS berbelanja di kedai panel berdaftar.

"Walaupun saiz kedai mereka mungkin tidak besar seperti pasaraya lain, namun atas semangat dan sokongan yang diberikan, mereka telah bersama-sama menjadi sebahagian dari ahli keluarga KISS.

"Maka, diharapkan akan ada lebih ramai lagi peniaga dan peruncit bekerjasama dengan program KISS untuk menjual barangan keperluan asas kepada para ibu," katanya selepas merasmikan Kedai Runcit Wak Adon di Kampung Perajurit, Telok Gong di sini.

Dr Daroyah berkata, pelaksanaan program KISS bukan hanya memberikan kemudahan kepada golongan ibu, malahan tidak melupakan peniaga dan peruncit kedai dengan memberi galakan kepada mereka.

Setakat ini, terdapat lebih 300 kedai runcit dan pasaraya panel KISS berdaftar di seluruh Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619