BERITA UTAMA

Selangor tangguh kemas kini KISS sempena Aidilfitri

31 Mei 2019, 3:55 AM
Selangor tangguh kemas kini KISS sempena Aidilfitri

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 31 MEI: Penerima Inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) masih boleh menggunakan kad berkenaan sehingga 14 Jun ini, sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, sebelum proses kemas kini data dijalankan tidak lama lagi.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat setelah Kerajaan Negeri bersetuju menangguhkan tarikh pengemaskinian kepada 15 Jun sehingga 15 Julai 2019.

"Setelah proses pengemaskinian selesai, penerima KISS yang tersenarai di dalam eKasih atau senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh terus menggunakan kad KISS dengan jumlah manfaat sama.

"Kerajaan Negeri membelanjakan RM107 juta bagi manfaat KISS sejak pelaksanaannya pada 2018 dan akan terus komited meneruskan inisiatif ini," katanya dalam kenyataan.

Amirudin berkata, pada 26 April lalu Kerajaan Negeri mengumumkan langkah mengemas kini maklumat penerima KISS bagi memastikan bantuan terbabit diterima golongan yang benar-benar memerlukan.

"Proses kemas kini itu akan dilakukan Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) dan akan mengambil masa selama sebulan.

"Oleh itu, dalam tempoh pengemaskinian, penggunaan kad KISS akan dibekukan sementara bagi membantu SELCARE mengemas kini maklumat dengan lebih tepat," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619