SELANGOR

Komitmen KDEBWM urus sisa pepejal dipuji

10 Mac 2018, 4:46 AM
Komitmen KDEBWM urus sisa pepejal dipuji
Komitmen KDEBWM urus sisa pepejal dipuji
Komitmen KDEBWM urus sisa pepejal dipuji

OLEH NORHAYATI UMOR

AMPANG, 10 MAC: Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali memuji usaha KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) dalam menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri ini.

Beliau berkata selepas pengambilalihan KDEBWM di beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mencatatkan penurunan aduan lebih 90 peratus.

"Sejak mengambil alih di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), aduan mencatatkan penurunan sebanyak 97 peratus iaitu daripada 225 aduan kepada lima aduan diterima sebulan.

"Manakala, di Majlis Perbandaran Selayang (MPS), KDEBWM menerima 1,300 aduan dan berjaya dikurangkan kepada 20 aduan sebulan, ketika ini.

"Dengan kejayaan ini, KDEBWM berjaya membuktikannya sebagai badan yang cukup cemerlang dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat Selangor," katanya di Program Gotong Royong Perdana KDEBWM, di Padang AU2, di sini.

Mohamed Azmin berkata penubuhan KDEBWM tepat pada masanya dalam usaha merealisasikan agenda 'Smart State'.

"Kita tidak boleh berada ditakuk lama. Pimpinan perlu terima kemajuan untuk lebih bersaing dengan negeri dan negara lain.

"Atas usaha ini, Kerajaan Negeri menubuhkan KDEBWM yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kerja pembersihan dengan menggunakan modus operandi Smart Waste Management (SWM).

"Kini, terbukti penubuhan KDEBWM ini, Selangor lebih baru dari sebelumnya," katanya.

KDEBWM dilantik sebagai Project Management Company (PMC) untuk mengorak langkah untuk penambahbaikan pengurusan sisa pepejal.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) dipilih sebagai pilot project dalam menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam.

KDEBWM bukan syarikat baru. Pada 2008, KDEB mengambil alih syarikat Jetson Corporation Sdn Bhd yang turut memiliki 21 peratus pegangan saham di dalam Alam Flora Sdn Bhd.

Pada 2012, KDEBWM meningkatkan keupayaan kapasiti asetnya dengan membuat pembelian 50 kompaktor untuk disewakan kepada sub kontraktor di Selangor supaya kerja kutipan sampah dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619