BERITA UTAMA

Beza persempadanan semula sebelum dan selepas 2008

24 Jan 2018, 2:44 AM
Beza persempadanan semula sebelum dan selepas 2008

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 JAN: Persempadanan semula kawasan pilihan raya, sebelum 2008 menyaksikan pengundi majoriti Melayu dipecahkan ekoran kecenderungan kaum itu memilih pembangkang, berbanding kaum lain.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, pendekatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun berubah selepas itu dengan menyaksikan kawasan campuran pula dipecahkan dalam persempadanan semula.

"Apabila langkah itu dibuat, kawasan bercampur inilah yang banyak dimenangi pembangkang atau jika di Selangor, ini adalah parti pemerintah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Demokrasi: “Persempadanan Kawasan Pilihan Raya Untuk Mengekalkan Kemenangan BN: Dimana Hak Pengundi”, di Auditorium IDE, semalam.

Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) itu berkata, pola sokongan pengundi sejak 2008 berubah dengan menyaksikan kemerosotan mendadak sokongan kepada BN, di kawasan campuran.

Katanya, kawasan majoriti Melayu yang sebelum ini berpontensi besar dimenangi pembangkang bertukar menjadi kawasan yang pengundinya cenderung memilih BN, selepas 2008.

"Antara contoh yang boleh dilihat membabitkan Dewan Negeri Sri Andalas diwakili Dr Xavier Jayakumar.

"Beliau menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan majoriti 15,000 tetapi apabila berlaku persempadanan semula, kawasan yang paling ramai pengundi India hilang menyaksikan peningkatan pengundi Melayu pula sehingga 74 peratus," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619