NASIONAL

Negara hancur jika Najib kekal

19 Jan 2018, 8:30 AM
Negara hancur jika Najib kekal

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 JAN: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya negara akan hancur jika rakyat menukar kerajaan dibidas Pakatan Harapan (Pakatan).

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebaliknya berkata, negara di bawah pentadbiran Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) semakin menuju kehancuran dan perlu diselamatkan dengan menukar kerajaan dipimpin Pakatan.

"Rekod yang ada cukup membuktikan negara hancur jika Najib kekal," katanya kepada SelangorKini.

Katanya, kenyataan Najib itu sebenarnya merupakan percubaan menakut-nakutkan rakyat dengan menggambarkan akan berlaku suasana tidak aman dan harmoni jika Umno-BN disingkirkan daripada tampuk pentadbiran, di Putrajaya.

Tian berkata, menukar kerajaan korup bukan sahaja dituntut, malah merupakan tanda demokrasi dan kestabilan sistem politik.

"Peralihan kuasa politik juga menjadi amalan biasa di kebanyakan negara seluruh dunia sebagai tanda demokrasi dan kestabilan sistem politik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619