NASIONAL

Warga New Zealand tegur skirt pendek pramugari AirAsia

17 Jan 2018, 7:27 AM
Warga New Zealand tegur skirt pendek pramugari AirAsia
Warga New Zealand tegur skirt pendek pramugari AirAsia

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 JAN: Ekoran terlalu seksi dan mengghairahkan, warga New Zealand; Dr June Robertson 'menegur' cara pemakaian pramugari syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia.

Menerusi catatan Dr June yanag dimuat naik semula pengguna Twitter, Ammah Taha, beliau mendedahkan pengalaman pelancong itu ketika menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia ke negara ini.

"Saya seorang wanita di usia pertengahan yang sering melawat Malaysia sepanjang tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

"Kami amat mencintai negara ini. Saya turut memilih destinasi Kuala Lumpur sebagai perhentian saya untuk ke Eropah dan memilih Hotel Sama Sama untuk menginap.

"Namun, saya cukup tersinggung dengan pakaian pramugari AirAsia yang memakai skirt pendek berbanding syarikat penerbangan lain seperti NZ, Australian atau American Airlines," tulisnya.

Namun kata Dr June, pengalaman penerbangan ke Auckland dari Kuala Lumpur ketika menggunakan perkhidmatan AirAsia, pada Oktober lalu benar-benar tidak dapat dilupakannya.

"Pada penerbangan kelas ekonomi itu, seorang pramugari AirAsia dengan pakaiannya yang menampakkan sedikit permukaan atas bahagian dadanya.

"Saya menegurnya dan menyuruh pramugari itu menutup bahagian yang terdedah itu tetapi saya tertanya bagaimana sebuah negara yang dihormati seperti Malaysia boleh membenarkan keadaan seperti itu berlaku," tulisnya.

Bagaimanapun, lebih mengejutkan kata Dr Jun, beliau juga pernah terlihat pakaian dalam seorang pramugari AirAsia ketika sedang berbelanja di sebuah pasar raya, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, sebelum ini.

"Secara jujurnya, syarikat ini hanya akan merendahkan reputasi mereka apabila ramai penumpang yang melawat KLIA 2 dan melihat terlalu banyak skirt merah dengan gaya yang terlalu seksi," tulisnya pada catatan itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan catatan berkenaan dibuat Dr Jun untuk diadukan kepada pengurusan AirAsia atau sebaliknya.

Namun, dalam catatan berkenaan, beliau masih memuji etika pemakaian pramugara lelaki AirAsia yang mengekalkan profesionalisma kerjaya itu.

Sementara itu, sehingga berita ini dilaporkan, catatan Twitter terbabit mendapat lebih 21,000 perkongsian semula (retweet) dan 9,000 suka (like).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619