Loji Rawatan Air Bukit Jelutong Perintis Teknologi Membran

31 அக்டோபர் 2012, 10:18 AM
Loji Rawatan Air Bukit Jelutong Perintis Teknologi Membran
Loji Rawatan Air Bukit Jelutong Perintis Teknologi Membran
Loji Rawatan Air Bukit Jelutong Perintis Teknologi Membran
Loji Rawatan Air Bukit Jelutong Perintis Teknologi Membran

 

SHAH ALAM, 31 OKT : Kerajaan Negeri Selangor merancang menjadikan loji rawatan air di Bukit Jelutong,Shah Alam yang ditutup pada 1995 sebagai projek perintis penggunaan teknologi penapisan membran.

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, ia dilaksanakan bagi menambah keupayaan menghasilkan air terawat sebanyak 50 hingga100 juta liter sehari (mld) dan mampu membekalkan lebih daripada separuh keperluan permintaan air tambahan di Shah Alam.

"Saya bersama pegawai-pegawai Unit Perancang Ekonomi (Upen) Negeri Selangor melakukan lawatan ke loji tersebut yang terletak di Bukit Jelutung Shah Alam," kata Dr Xavier dalam kenyataan medianya.

Turut serta ialah pegawai-pegawai dari Konsortium Abbas dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta wakil-wakil dari syarikat konsultan.

Beliau berkata, loji air tersebut dibina sekitar tahun 1963 dan ditutup awal 1995 ekoran sumber airnya di Sungai Damansara tercemar di tahap empat.

Katanya, aset tersebut adalah milik Kerajaan Negeri Selangor dan merancang membukanya semula selepas kerja-kerja baik pulih dan naik taraf insfrastruktur loji dalam tempoh 6 bulan.

"Anggaran kos tersebut sekitar RM50 juta hingga RM80 juta dengan Kerajaan Negeri akan menanggung sepenuhnya kos tersebut.

"Kerajaan Negeri mengarahkan syarikat konsultan untuk menyiapkan laporan dalam masa dua bulan bagi diteliti dan diberikan penilaian oleh seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Selangor," kata beliau.

Beliau berkata, ini merupakan antara daya usaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan sumber air alternatif serta teknoloji yang belum diterokai dalam usaha membekalkan air terawat yang mencukupi kepada rakyat Selangor.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619