Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Caves mula operasi di Taman Amaniah

23 அக்டோபர் 2013, 9:10 AM
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Caves mula operasi di Taman Amaniah

Amirudin1SHAH ALAM 23 OKT: Dalam usaha menjamin kepentingan masyarakat Taman Amaniah Mulia dan kawasan berhampiran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari, membuka Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di kawasan terbabit.

Amiruddin berkata, pejabat baru yang terletak berhampiran belakang Masjid Jamek Taman Amaniah dan bersebelahan Pasaraya Speedmart 99 itu juga bakal memberi keselesaan golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) untuk berurusan, berbanding perlu menaiki tangga di lokasi sebelum ini.

Katanya, pembukaan pejabat baru itu diharap dapat melicinkan lagi perkhidmatan beliau terhadap penduduk di kawasan itu.

"Justeru, saya harap dengan pertukaran lokasi ini akan memudahkan masyarakat setempat untuk hadir berurusan dengan kami, terutama warga emas dan OKU kerana terletak di aras bawah," katanya selepas Program Ziarah Korban di Taman Jasa Utama, baru-baru ini.

Beliau berkata, pejabat PKM itu akan beroperasi dari Isnin hingga Khamis bermula jam 9 pagi hingga 5 petang kecuali pada waktu rehat iaitu jam 1 tengahari hingga 2 petang, manakala Jumaat pula dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari, sebelum dibuka semula pada jam 2.30 petang.

"Persetujuan menggunakan pejabat yang asalnya adalah Dewan Masyarakat itu diperolehi hasil perbincangan antara saya dan Persatuan Penduduk," katanya.

-NFN-

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619