PKNS selesai masalah penduduk pangsapuri PJS 6

21 அக்டோபர் 2013, 3:23 AM
PKNS selesai masalah penduduk pangsapuri PJS 6
PKNS selesai masalah penduduk pangsapuri PJS 6

sampah pjsSHAH ALAM, 21 OKT : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sudah mengarahkan kontraktor yang bertanggungjawab mengambil tindakan membersihkan longgokan sampah di kawasan pangsapuri Petaling Jaya Selatan (PJS) 6.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata longgokan sampah pukal yang berlaku di kawasan berkenaan disebabkan pembuangan sampah oleh pihak luar kerana pangsapuri itu berdekatan dengan tapak pasar malam dan gerai makan.

Tinjauan TV Selangor mendapati rumah sampah kecil yang dikhaskan untuk pembuangan sisa pepejal di kawasan itu gagal diuruskan dengan baik dan terdapat pembuangan sisa domestik seperti barangan rumah dan rangka kenderaan.

Masalah berkenaan mengundang rasa tidak selesa penduduk dan membawa kepada pembiakan tikus yang boleh mengancam kesihatan penduduk setempat.

"Kita terima aduan itu dan sudah ambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah yang dihadapi penduduk kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

kumbahan sunwaySementara itu, Ishak berkata, kerja membaik pulih saluran air kumbahan melimpah di Blok 2,3,4 dan 5 Pangsapuri PKNS Jalan PJS 8/14, Bandar Sunway juga akan dilaksanakan segera.

Beliau berkata, PKNS dan Indah Water Konsortium (IWK) akan bekerjasama bagi memastikan isu itu diselesaikan secepat mungkin walaupun sebelum ini IWK mendakwa paip kumbahan patah di dalam sempadan pangsapuri PKNS ketika penyerahan tugas penyelenggaraan kepada syarikat pembentungan itu.

"PKNS sudah melantik perunding teknikal untuk mengenal pasti punca sebenar limpahan air kumbahan ini berlaku. Kaedah kamera robotik digunakan bagi memeriksa kedudukan paip kumbahan sama ada patah atau sebaliknya,? katanya.

Katanya lagi, laporan penuh siasatan itu akan digunakan bagi membaiki pam yang menyebabkan air kumbahan melimpah supaya penduduk sekitar pangsapuri berkenaan tidak perlu lagi berdepan dengan masalah terbabit. -NFN-

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619