Permit Deepavali boleh dipohon bermula 17 September

16 அக்டோபர் 2013, 1:55 PM
Permit Deepavali boleh dipohon bermula 17 September

deepavaliKLANG 16 OKTOBER : Mana-mana individu yang berminat untuk berniaga sempena Deepavali boleh mengemukakan permohonan di Jabatan Perlesenan dan Penjaja (tingkat bawah) Majlis Perbandaran Klang bermula 17 hingga 30 September 2013 ini.

Pengarah Jabatan Pelesenan MPK, Azhar Samsudin berkata, pemohon dikehendaki menyerahkan borang permohonan dengan membawa bersama buku bank.

Katanya, pemohon juga mestilah mempunyai lesen perniagaan, penjaja atau permit perniagaan sementara 2013 atau permit Deepavali 2012 beserta bayaran berjumlah RM 790.

Beliau berkata, tarikh undian akan diadakan 17 Oktober yang akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran pada jam 9.30 pagi.

"Perniagaan akan dimulakan pada 19 Oktober sehingga 1 November 2013 dan kawasan yang terlibat sekitar Jalan Tengku Kelana.

"Hanya seorang pemohon sahaja untuk satu tapak dan peniaga serta pembantu dikehendaki memakai tag yang disediakan kelak," katanya dalam kenyataan media.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619