KDN abai permohonan MyKad warga emas walaupun JPN sokong

10 அக்டோபர் 2013, 7:00 AM
KDN abai permohonan MyKad warga emas walaupun JPN sokong

ic

KUALA KUBU BHARU 10 OKT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta meluluskan permohonan seorang warga emas untuk mendapatkan taraf kerakyatan dengan MyKad biru kerana dia didakwa memenuhi segala kelayakan ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Hulu Selangor juga menyokong permohonan Hong Lee Lon itu.

Beliau berkata, wanita berusia 75 tahun yang juga ibu kepada 12 anak dan 20 cucu itu lebih tiga kali memohon MyKad biru tetapi ditolak KDN tanpa sebarang alasan.

"Pegawai JPN Hulu Selangor juga kasihan, mereka pun kenal dia. Mereka kata sokong dan permohonannya sudah dihantar ke KDN Putrajaya untuk diproses.

"Jadi, saya akan bawa Lee Lon ke KDN Putrajaya dengan harapan mereka mempercepat permohonannya," kata beliau pada sidang media di sini, semalam.

Kee Hiong berkata, kali terakhir Lee Lon membuat permohonan ialah 7 Mac lalu dan berharap proses kali ini dijalankan dengan cepat.

"Bila ditanya proses berapa lama, dimaklumkan dalam satu, dua tahun. Tak perlulah begitu lama. Sekarang zaman teknologi maklumat. Kita harap sebelum Tahun Baru Cina 2014, dapat MyKad biru," katanya.

Difahamkan, Lee Lon yang lahir di Perak dan menetap di sini sejak puluhan tahun hanya berstatus kerakyatan tetap dengan memiliki MyKad merah.

Anak sulungnya, Chan Yaw Pun, 57, juga berharap permohonan ibunya untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan dengan MyKad biru akan dipenuhi kali ini.

- FZL

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619