Penantian 4 tahun ibu tunggal dapat dokumen diri berakhir

13 செப்டெம்பர் 2013, 7:38 AM
Penantian 4 tahun ibu tunggal dapat dokumen diri berakhir
Penantian 4 tahun ibu tunggal dapat dokumen diri berakhir

Raja-Devi

KLANG 13 SEPTEMBER : Penantian sejak empat tahun ibu tunggal, Raja Devi, 34, dan empat orang anak bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri berakhir apabila memperolehinya hari ini.

ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, kejayaan ini diperolehi apabila beliau dan sukarelawan pejabat Dun Sri Andalas, Tamil Maran bertungkus-lumus menguruskannya agar mereka memperoleh dokumen penting itu.

"Raja Devi bersama anak lelaki beliau berumur 15 tahun menerima Mykad biru, manakala tiga lagi anak beliau berumur 10, 9 dan 5 tahun menerima sijil kelahiran masing-masing.

"Harap dengan dokumen ini dapat lebih memudahkan keluarga ini melakukan urusan rasmi termasuk bagi mendapatkan pekerjaan," kata Dr Xavier di sidang media penyerahan Mykad di pejabat beliau.

Sebelum ini, beliau dan Tamil Maran berusaha menyelesaikan urusan itu dan berulang-alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Hospital Klang, Port Dickson serta Kuantan bagi mendapatkan bukti kelahiran ahli keluarga ibu tunggal yang cacat penglihatan itu.

"Saya sangat terharu dengan pengorbanan Dr Xavier dan Tamil tidak berputus asa untuk beliau mendapatkan dokumen kewarganegaraan Malaysia yang sah," kata Raja Devi.

Dalam pada itu, Pejabat DUN Sri Andalas turut membantu mendaftarkan anak sulung Raja Devi, Logeswaran ke institut kemahiran My Skill Foundation di Klang dan dua anak beliau yang lain dibantu bagi pendaftaran sekolah rendah.

 

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619