TERAS: Apa rasional RM1.1b dapat diselamatkan

4 செப்டெம்பர் 2013, 8:21 AM
TERAS: Apa rasional RM1.1b dapat diselamatkan

terasSHAH ALAM, 4 SEPTEMBER: NGO Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berhasrat untuk mengadakan pertemuan secara langsung dengan kerajaan dalam masa terdekat berhubung kaedaah sistem pengurusan subsidi yang selama ini menjadi persoalan kepada rakyat.

Pengerusinya, Azmi Hamid atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata, perkara ini melibatkan soal integriti pengurusan subsidi dan rakyat nyata kecewa ekoran wang penjimatan (subsidi) sebelum ini tidak menampakkan penyaluran penambahbaikan beberapa sektor dalam negara.

"Keresahan kita daripada semua ini adalah apabila RM1.1bilion kononnya dapat diselamatkan untuk subsidi minyak ini yang selalu dipersoalkan, kita tidak nampak ke mana ianya diturunkan untuk dimanfaatkan kepada sektor yang memerlukan banyak pembaikkan," katanya kepada Tv Selangor.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.

Jelasnya, kenyataan kerajaan bahawa mereka akan mengawal harga barangan dan perkhidmatan daripada meningkat naik disifatkan sebagai dangkal.

Menurut Cikgu Azmi lagi, kesan kenaikan harga minyak ini bukanlah alasan untuk pihak tertentu mengambil kesempatan sewenang-wenangnya ditambah dengan kesusahan kehidupan rakyat yang semakin menekan.

- mza

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619