Cadangan atasi kematian kanak-kanak dalam kereta, kementerian membisu

29 ஆகஸ்ட் 2013, 8:51 AM
Cadangan atasi kematian kanak-kanak dalam kereta, kementerian membisu

hannahSUBANG JAYA, 29 OGOS - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu bertindak segera bagi mencegah kematian kanak-kanak di dalam kereta, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Beliau berkata, ibu bapa harus segera diberi kesedaran bahawa kereta bukan tempat yang selamat untuk meninggalkan mereka walaupun untuk beberapa minit.

"Saya bersama Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen menghantar surat cadangan langkah pencegahan bagi kes ini pada 22 Julai lalu kepada pejabat kementerian tetapi hingga kini tiada tindakan diambil.

"Ini supaya kementerian memastikan tiada kecuaian tidak berlaku lagi hingga menyebabkan nyawa kanak-kanak itu melayang," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada kes kematian yang menggemparkan Malaysia apabila Nawal Iris Samsudin berusia tiga tahun ditemui mati selepas ditinggalkan di dalam kereta hampir lima jam di USJ4, Subang Jaya, Julai lalu.

Selain itu, kejadian sama berlaku di Ipoh baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak lelaki diselamatkan sepasukan bomba selepas terperangkap hampir 30 minit dalam kereta.

Hannah berkata, gesaan itu perlu supaya kementerian dapat mengemukakan statistik keseluruhan di seluruh Malaysia bagi kes kecuaian yang mengakibatkan kematian ini.

"Mereka perlu keluarkan data rasmi kes ini. Saya percaya banyak lagi kes kecuaian tinggal anak dalam kereta ini berlaku tetapi tidak direkodkan," katanya.

- FZL

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619