Kementerian Persekutuan Harus Tunaikan Janji Bayar Bonus Pada Guru Sandara

11 ஜூலை 2013, 9:20 AM
Kementerian Persekutuan Harus Tunaikan Janji Bayar Bonus Pada Guru Sandara

hari guru halimah 16 mei 01

KUALA LUMPUR 11 JULAI : Kementerian Pelajaran didesak supaya menunaikan janjinya kepada guru sandaran untuk memberi bonus tahunan dan bayaran khas prestasi sepertimana yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2013.

MP Kulai Teo Nie Ching menjelaskan dalam sidang media di Parlimen hari ini, beliau menerima aduan daripada tiga guru sandaran di kawasannya yang masih belum menerima bayaran itu bagi Disember tahun lepas dan Januari lalu.

"Semasa membentangkan Bajet 2013, Perdana Menteri menjanjikan semua kakitangan yang layak akan terima imbuhan sebulan setengah gaji.

"Bayaran dibuat tiga kali iaitu pada Ogos dan Disember tahun lepas serta Januari lalu.

"Malangnya tiga guru sandaran ini belum menerima bayaran imbuhan untuk Disember 2012 dan Januari lalu dan diharapkan mendapat perhatian Menteri Pelajaran serta Perdana Menteri untuk menyelesaikannya," katanya.

Teo berkata, semakan dibuat di Pejabat Pelajaran Daerah Kulai mendapati masih ramai guru sandaran lain yang belum menerima bayaran imbuhan berkenaan.

Katanya, kerajaan harus menunaikan janji dibuat kepada rakyat.

Beliau turut berasa kerajaan akan memberikan imbuhan sama kepada kakitangan kerajaan sempena Aidilfitri tahun ini.

Tiga guru sandaran itu ialah Koh Xing Zhao, 22; Pang Chian Jien, 23 dan Tan Lian Huay, 37, dari SJKC Senai, Johor.

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 2012, bayaran sebulan setengah gaji atau minimum RM1,500 akan diberikan pada Ogos 2012, Disember 2012 dan Januari 2013 dengan antara yang layak ialah pegawai tetap, sementara, 'contract of service' dan guru sandaran.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619