Fitnah Beli Lembu Korban : Bekas Pesuruhjaya Setuju Mohon Maaf Kepada MB Selangor

18 மார்ச் 2013, 8:16 AM
Fitnah Beli Lembu Korban : Bekas Pesuruhjaya Setuju Mohon Maaf Kepada MB Selangor
Fitnah Beli Lembu Korban : Bekas Pesuruhjaya Setuju Mohon Maaf Kepada MB Selangor
Fitnah Beli Lembu Korban : Bekas Pesuruhjaya Setuju Mohon Maaf Kepada MB Selangor

MB Fitnah Beli Lembu Korban 02

KUALA LUMPUR, 18 MAC : Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kes saman malu melibatkan pembelian lembu korban pada tahun 2009.

Keputusan penuh serta permohonan maaf akan dibuat esok pada jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama hari ini.

MB Fitnah Beli Lembu Korban 01Abdul Khalid yang ditemui selepas perbicaraan secara tertutup di dalam kamar Hakim Datuk Lau Bee Lan bersyukur kebenaran dakwaan salahguna kuasa yang dikaitkan dengannya akhirnya terungkai.

"Perkembangan ini membuktikan bahawa tuduhan salahguna kuasa tidak berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan juga Menteri Besar Selangor.

"Saya sekeluarga terutama isteri (Datin Seri) Salbiah Tunut dan anak-anak sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahgunakan kuasa walaupun di dalam soal hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban Aidiladha," katanya yang turut ditemani Isteri, Datin Seri Salbiah Tunut.

Peguam Kanan Persekutuan Noorin Badaruddin, Nadia Hanim Azlina mewakili mantan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

Sementara peguam S Sankaranair dan Murali Kalidass mewakili Abdul Khalid.

MB Fitnah Beli Lembu Korban 03Abdul Khalid didakwa pada awal 2009 menyalah-gunakan kuasa menderma RM110,400 bagi tujuan 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak.

Menteri Besar juga menyeru pegawai kerajaan, SPRM dan polis perlu bertugas secara profesional dan tidak membenarkan diri mereka terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

Ujarnya lagi, sebagai Menteri Besar, beliau sangat mementingkan integriti pengurusan dan gembira sepanjang pentadbirannya selama lima tahun tiada pegawai kanan kerajaan mahupun barisan Exco Selangor dilibatkan dengan kes salahguna kuasa.

Beliau menambah, rekod cemerlang ini diharapkan akan memberikan keyakinan kepada rakyat membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619