MB: Jaga Kebajikan Umat Islam Elak Gejala Murtad

23 நவம்பர் 2012, 7:09 AM
MB: Jaga Kebajikan Umat Islam Elak Gejala Murtad

SHAH ALAM 23 NOV : Kebajikan umat Islam perlu dijaga dengan baik dalam usaha memantau gejala murtad daripada berleluasa.

Usaha itu perlu dijalankan secara konsisten dan berterusan kerana menurut Menteri Besar yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemiskinan adalah antara punca umat Islam terpesong.

"Jadi, kebajikan mesti jadi tumpuan utama kerana mereka yang terjebak dalam gejala ini kebanyakannya terdesak akibat kemiskinan.

"Umat Islam seharusnya dijaga dengan baik oleh institusi Islam sendiri, barulah umat Islam itu kukuh dan kekal dengan Islam," jelas beliau menjawab soalan daripada Adun Gombak Setia, Datuk Hasan Ali.

Justeru, beliau menggesa institusi seperti Lembaga Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain yang berkaitan untuk bekerjasama menjaga kebajikan umat Islam.

"Kita juga perlu adakan pemantauan yang efisyen dan cekap mengenai perkara ini dan meneliti perkara yang perlu diambil kira.

"Ia bukan usaha yang akan berjaya dalam satu hari namun ia adalah usaha berterusan yang memerlukan sokongan," tambah beliau yang juga Adun Ijok.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan peranan Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) dalam usaha memerangi gejala murtad.

"Jais mempunyai pasukan khas untuk memantau aktiviti dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap usaha pihak tertentu memurtadkan Umat Islam," tegas beliau.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619