Kaum Ibu Hadir Ke Parlimen Bantah Lynas

5 நவம்பர் 2012, 10:51 AM
Kaum Ibu Hadir Ke Parlimen Bantah Lynas

KUALA LUMPUR, 5 NOV : Sekumpulan ibu-ibu prihatin dari Kuantan berjanji meneruskan penentangan terhadap projek kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation kerana bimbang ancaman terhadap masa depan anak-anak mereka.

Kumpulan yang diketuai Rahiza Zulkifli itu hadir ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, mereka amat perihatin dengan keputusan kerajaan meluluskan lesen sementara kepada Lynas bagi memulakan operasi memproses nadir bumi dari Mount Weld, Australia.

Memorandum tersebut diterima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bagi pihak Najib yang sedang berada di luar negara.

"Sebagai ibu, kami sentiasa mahukan yang terbaik bagi keluarga kami. Untuk anak-anak dan juga untuk negara Malaysia tercinta.

"Kami juga mahukan pembangunan lestari yang tidak mengancam alam sekitar dan juga kehidupan seharian," kata Rahiza.

Majlis penyerahan memorandum berkenaan dibuat di pejabat Nazri, tingkat satu bangunan Parlimen sambil ditemani Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Mengulas tuntutan dari kumpulan ibu-ibu Kuantan, Fuziah berkata, seorang ibu akan melakukan apa sahaja bagi menjamin masa depan dan keselamatan anak mereka.

"Ini adalah naluri seorang ibu. Bahawa akan ada bahaya yang mengancam keselamatan anak-anak mereka dan juga generasi akan datang (dengan operasi Lynas)," katanya.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619