Majlis Fatwa Pahang Wajib Buat Pendirian Isu Lynas

18 டிசம்பர் 2012, 11:00 PM
Majlis Fatwa Pahang Wajib Buat Pendirian Isu Lynas

lynas

GOMBAK, 19 DIS: Majlis Fatwa Pahang wajib menyatakan pendirian berhubung isu projek pemprosesan nadir bumi, Lynas di Gebeng kerana ia melibatkan kepentingan rakyat, khususnya masyarakat Kuantan, Pahang.

Demikian menurut Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Dr Maszlee Malik kepada media selepas Seminar Nasional Fiqh Kontemporari yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam.

"Mereka perlu terlibat dengan semua pihak untuk dapatkan gambaran sebenar mengenai Lynas dan berikan pandangan dari kacamata Islam, apakah boleh gadaikan kesihatan dan nyawa demi keuntungan.

"Maka mereka perlu berikan solusi dari sudut Maqasid Syariah," ujar beliau.

Projek Lynas di Gebeng mendapat tentangan pelbagai pihak kerana mempunyai risiko tinggi, membawa pencemaran bahan radioaktif kepada manusia dan alam sekitar.

Terdahulu, Seminar Nasional Fiqh Kontemporari yang diadakan berjaya menarik 250 peserta yang terdiri dari ahli akademik dan pelajar seluruh negara.

Antara yang hadir termasuklah, Mufti Singapura, Dr Fatris Bakaram, Ketua Penasihat Syariah Bank Negara, Dr Daud Bakar dan Dekan Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Datuk Profesor Dr Mahmood Zuhdi.

 

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619