BEE Dijangka Siap Pada November

29 ஆகஸ்ட் 2012, 12:10 AM
BEE Dijangka Siap Pada November
BEE Dijangka Siap Pada November

AMPANG, 29 OGOS : Gangguan harian yang terpaksa diharungi penduduk pangsapuri M13 di sini akan berakhir apabila kerja pelebaran jalan di MRRII Link akan siap dua bulan dari sekarang.

Menurut syarikat konsesi lebuhraya, Besraya, projek yang dinamakan Besraya Eastern Extension (BEE) tergendala kerana menunggu kelulusan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Pengurus Teknikal Besraya Ir Tan Chee Yen menjangkakan projek ini akan siap pada November.

"Kita sudah dapat kelulusan daripada Syabas pada pertengahan Julai lalu.

"Pelebaran di bahagian akhir ini melibatkan kerja-kerja pengubahan dan penanaman paip dari bahagian tengah ke tepi.

?Bila proses ini siap, kita boleh lakukan kerja pelebaran jalan dan piling di bahagian tengah," katanya selepas sesi lawatan tapak di Pandan Jaya di sini.

Projek BEE membabitkan lima komponen iaitu MRRII Link, Pandan Link, Besraya Link, Istana Link dan MainLane.

Projek MRRII Link dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan sementara keseluruhan projek BEE akan selesai pada Januari 2014.

Secara keseluruhan, lanjutan jalan ini sejauh 13.2KM.

Jelas Chee Yen lagi, kelewatan sebelum ini ekoran beberapa siri perbincangan denga Syabas yang melibatkan beberapa skop kerja pengalihan beberapa paip utama.

Sementara itu, Exco Perumahan dan Pengurusan Bangunan, Iskandar Abdul Samad berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jangka masa yang ditetapkan.

Ini kerana sebelum ini terlalu banyak rungutan daripada penduduk setempat yang terganggu akibat bunyi bising kerja-kerja pemasangan paip.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619